TUGASAN 3: KOLOKIUM
Tajuk 1: MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN SUASANA PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA SECARA BERKUMPULAN
Pembentang: Hazwin Dalila Haris
Hasmalina Hamzah
i) Penyataan Masalah
Adakah teknik penggunaan peta minda ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam tajuk nutrisi ini?
ii) Metodologi, setting, dan sampel kajian
a) Metodologi
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan penyelidikan
kualitatif menggunakan model Kemmis dan Mctaggart.
b) Setting Kajian
Kajian tersebut dijalankan selama 3 waktu pengajaran subjek Biologi.
Sekolah Agama Menengah Bestari.
c) Sampel Kajian
Kajian ini telah dijalankan ke atas kelas 4 Al-Biruni dan 4 Al-Farabi di
Sekolah Agama Menengah Bestari yang melibatkan 60 responden.
iii) Pengumpulan dan Penganalisisan Data Kajian
Pengumpulan
Data dikumpulkan menggunakan kaedah :-
a) Pemerhatian
Pemerhatian guru semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung,
guru memerhati gelagat perlakuan pelajar setelah diberi tugasan
berkumpulan. Guru juga mencatat segala perlakuan pelajar dalam buku
rancangan pengajaran harian. Guru akan melihat, mendengar,
memerhati dan bertanya untuk mendapatkan memahami apa yang
berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, pelajar dapat
merapatkan diri dengan pelajar disamping memerhati dan
mendengar apa yang berlaku dalam kelas.
b) Kaji Selidik
Menggunakan borang kaji selidik bagi menilai respons pelajar terhadap
teknik pembelajaran yang di praktikkan. Soal selidik merangkumi tiga
tema yang di bincangkan iaitu kadar pemahaman, keseronokan
suasana pembelajaran serta kemahiran berkomunikasi berkesan.
c) Temubual
Menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan tidak berstruktur.
Kaedah temubual yang dijalankan ini adalah temubual dalam bilik
darjah di mana ia melibatkan guru dengan pelajar bagi tujuan
mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian.Tujuan
pengkaji memilih temubual berstruktur adalah ia menepati
persoalan yang ingin diusulkan kepada responden.
Dengan ini ianya memudahkan guru menganalisis dapatan kajian
bagi tujuan penambaikan. Manakala kaedah temubual
tidak berstruktur dipilih kerana teknik ini menyingkap persoalan
lain yang mungkin tidak terlintas di fikiran guru di samping
memberi ruang kepada pelajar mengutarakan pendapat mereka.
Dalam kaedah ini guru menggunakan alat perakan MP3 bagi
merakam perbualan di antara pelajar dan guru.
Penganalisisan data
Data kajian dianalisis berdasarkan kepada:-
a) Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian, tingkah laku pelajar di lihat lebih aktif
dan bersemangat ketika melakukan aktiviti secara berkumpulan
berbanding kaedah kuliah. Pelajar juga di lihat tidak bosan dan
mengantuk disebabkan adanya interaksi dua hala antara pelajar-
palajar dan guru-guru. Selain itu pelajar juga dilihat memupuk
budaya kerjasama di kalangan ahli kumpulan di mana setiap
ahli dilihat cuba memberikan pendapat dalam perbincangan
yang diadakan.
b) Soal Selidik
Analisis terhadap borang kaji selidik terhadap 60 responden
dilakukan dengan aplikasi Microsoft Excel bagi memudahkan
pencerapan untuk di persembahkan dalam bentuk graf.
Analisis di lakukan berasingan berdasarkan 3 tema-tema yang
berlainan, iaitu tingkat kefahaman, suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan komunikasi yang berkesan.
c) Temubual
Kaedah temubual yang dipilih adalah jenis berstruktur dan
tidak berstruktur. Kaedah ini melibatkan 3 orang responden.
Responden di pilih secara rawak dari kelas yang terlibat
iaitu dari 4 Al-Biruni dan 4 Al-Farabi.
iv) Implikasi Kajian
Menurut pengkaji pelajar lebih seronok dan dapat
memahami isi pengajaran di samping memberi
keyakinan dalam mengutarakan pendapat ketika
sesi pembentangan dan perbincangan dilakukan.
v) Berdasarkan kajian tersebut saya dapat mempelajari
teknik dalam menjalankan kajian tindakan. Selain
itu, saya juga mendapat maklumat bahawa kaedah
pembelajaran secara berkumpulan dapat membantu
meningkatkan perhatian dan minat pelajar terhadap
proses P&P. Melalui kaedah ini, pelajar akan terlibat
secara aktif dalam aktiviti pengajaran guru dalam bilik
darjah.
Tajuk 2: MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN
ISLAM BAHAGIAN IBADAH MELALUI KAEDAH SIMULASI
Pembentang
Aisyatulasyiqah
i) Penyataan Masalah
i) Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat
pelajar dalam subjek Pendidikan Islam?
ii) Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek
Pendidikan Islam?
ii) Metodologi Kajian, Setting Kajian, Sampel Kajian
a) Metodologi Kajian
- Sama seperti pengkaji lain, menggunakan model Kemmis
dan Mc Taggard (1983), iaitu merancang, bertindak,
memerhati dan refleksi.
- Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah
simulasi, iaitu kaedah tunjuk cara. Dalam kajian ini,
guru telah menunjukkan cara-cara menyucikan najis
terlebih dahulu sebelum meminta pelajar melakukannya.
b) Setting Kajian
-Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama
Persekutuan Kajang.
-Dilakukan di dalam dan di luar sesi pembelajaran
- Dijalankan dalam dua sesi, iaitu dua kali perjumpaan
dalam masa seminggu Setiap Perjumpaan mengambil masa
satu jam. Ini bermakna, dalam kajian ini, perjumpaan dibuat
selama dua minggu, sebanyak empat kali.
c) Sampel Kajian
Seramai 29 orang pelajar tingkatan satu Marikh yang
mempunyai pencapaian tinggi dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam.
iii) Pengumpulan dan Penganalisisan Data.
Pengumpulan data dibuat melalui kaedah berikut:
a) Pemerhatian
b) Temu bual tidak bersturuktur
c) Kualitatif yang terdiri daripada soal jawab dan
kuiz lisan yang dijalankan di dalam kelas. Kemudian
data di analisis secara manual.
iv) Implikasi Kajian
- Pengkaji menyatakan bahawa kaedah mengajar simulasi
ini adalah menyeronokkan, dan dapat menarik perhatian
dan minat pelajar terhadap pengajaran guru.
v) Apakah yang Anda Pelajari daripada Kajian Tersebut
a) Mengetahui bahawa masih ada teknik pengajaran yang
boleh menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran
pendidikan Islam.
b) Dapat mengaplikasikan teknik tersebut dalam
pengajaran walaupun mata pelajaran lain,
c) Seseorang guru perlu lebih kreatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran agar proses tersebut
menjadi lebih bermakna.
AKTIVITI 12 : PEMURNIAN
14 years ago
No comments:
Post a Comment