TUGASAN 2: ULASAN JURNAL
JURNAL 1
Tajuk: Advantages of Homogeneous Collaborative Grouping for Algebra Students
Pengkaji: Mary Gaj Badillo
1) Sampel Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas 17 orang pelajar yang mendapat markah kurang 70% atau gred D dan F dalam subjek Matematik.
2) Setting Kajian
Kajian ini dijalankan dalam bilik darjah semasa kelas Matematik.
Dijalankan selama 12 minggu bermula dari Jan 2005 hingga awal Mac 2005.
3) Prosedur Kajian
Untuk menjalankan kajian tersebut, pengkajia telah memilih pelajar yang mendapat markah kurang daripada 70% secara rawak. Kemudian pelajar tersebut dimasukkan dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada empat orang pelajar dalam satu kumpulan. Mereka akan berada dalam kumpulan tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Kumpulan pelajar tersebut ditempat berdekatan dengan meja guru, supaya guru mudah mendengar perbincangan mereka. Selain itu, guru dapat memberi bantuan dengan mudah dan pantas kepada mereka sekiranya mereka memerlukan bantuan.
Guru membuat pemerhatian terhadap interaksi dan penglibatan mereka dengan kumpulan kecil yang lain.
4) Pengumpulan Data
Data dikumpulkan berdasarkan pencapaian pelajar yang dirujuk melalui:-
• Kad laporan
• Ujian
• Tugasan Algebra
• Kedatangan
• Penyertaan dalam kelas
5) Penganalisisan Data
Pengkaji membuat pemerhatian dalam kelas terdapat perubahan dalam gred kuiz mingguan. GPA kuiz meningkat bagi 12 orang pelajar.
Kesimpulan:
Pengkaji mendapati terdapat peningkatan dari segi markah dan penglibatan
pelajar dalam kelas setelah menggunakan kaedah kumpulan homorogeneus
dalam pengajaran Algebra. Pengkaji bercadang untuk menyambung kajian ini
pada tahun akan datang. Pengkaji akan melaksanakan kumpulan homogeneous semasa gred 2.
Selain itu, pengkaji juga akan menukar kumpalan-kumpulan dengan lebih kerap.
JURNAL 2
TAJUK: What is the Effect of Listening to Classical Music on Student’s Performance,
Motivation, and Focus in Math?
PENGKAJI: Cynthia Cope
1) Sampel Kajian
Pelajar grade 5 daripada 3 buah kelas.
2) Setting Kajian
Bilik darjah dalam kelas Matematik
Kajian ini dijalankan dari bulan Jan 2005 hingga Mac 2005.
Kajian ini dijalankan ke atas 3 bab dalam mata pelajaran Matematik .
3) Prosedur Kajian
Bagi tujuan kajian, pengkaji telah memilih 3 buah kelas gred 5 iaitu kelas Matematik yang diajar olehnya.
Pengkaji menggunakan muzik Mozart klasik dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan muzik dalam 2 buah kelas, iaitu semasa proses P&P, ketika pelajar membuat kerja secara individu atau berkumpulan, juga ketika ujian dijalankan.
Ujian tersebut akan diadakan setiap kali pengkaji selesai mengajar 1 bab pelajaran.
Manakala sebuah kelas lagi, tidak mendengar muzik semasa proses P&;P berlansung.
Semasa P&P berlangsung, pengkaji akan mengukur pencapaian pelajar, motivasi dan focus mereka terhadap mata pelajaran Matematik.
4) Pengumpulan Data
a) Tahap Pencapaian
Bagi mendapatkan data mengenai tahap pencapaian pelajar, pengkaji memberikan ujian penilaian. Ketiga-tiga kelas diberikan ujian yang sama. Markah akan diberikan untuk menentukan purata markah bagi setiap kelas. Setelah selesai 3 bab, dan diber markah, pengkajia akan membandingkan pencapaian kelas antara bab untuk melihat perbezaan marakah antara kelas Kemudian pengkaji membuat purata jawapan bagi setiap kelas dan membandingkan keseluruhan tahap motivasi kelas. Kemudian membandingkan keputusan tersebut menggunakan graf bar.
b) Motivasi
Mengukur motivasi dengan 2 cara yang berbeza iaitu:
i) Peratus pelajar yang menyiapkan tugasan dengan sempurna.
ii) Berdasarkan “Likert Survey”
Pengkaji memberi pelajar soalan soal selidik untuk mengukur motivasi pelajar terhadap Matematik.
c) Fokus
Pengkaji menyimpan satu carta catatan apabila pengkaji meminta pelajar untuk melakukan tugasan individu atau kumpulan. Setelah mengakhiri setiap bab, pengkaji menambah catatan berkaitan dengan focus pelajar bagi setiap kelas dan membandingkan darjah focus pelajar antara ketiga-tiga kelas.
5) Penganalisisan Data
a) Pencapaian Pelajar
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kelas yang mendengar muzik semasa P&P dengan yang tidak mendengar muzik. Pada minggu yang menggunakan muzik, kelas 2 menunjukkan pencapaian yang baik. Manakala kelas 3, telah melakukan pencapaian yang terbaik pada minggu yang tidak mendengar muzik semasa P&P. Kelas 1 pula mempunyai pencapaian yang sama sama ada mendengar muzik atau pun tidak.
b) Motivasi
i) Kerja Rumah
Tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam peratusan pelajar yang menyiapkan kerja rumah, antara yang mendengar muzik dengan tidak mendengar muzik.
ii) “Likert Survey”
Walaupun graf menunjukkan peningkatan umum dalam motivasi melalui eksperimen, statistic tetapi tidak menunjukkan perbezaan yang ketara sama ada mendengar muzik dengan tidak mendengar dalam setiap bab bagi ketiga-tiga kelas.
Kesimpulan
Berdasarkan dapatan kajian tersebut, pengkaji telah menyimpulkan bahawa mendengar muzik klasik tidak member impak ka atas pencapaian pelajar, motivasi dan focus pelajar terhadap subjek Matematik. Pengkaji merancang untuk menyambung kajiannya dalam bidang yang sama iaitu, hubungan Matematik dengan muzik. Pengkaji akan menggunakan pelbagai muzik yang sesuai dengan peringkat umur yang berbeza.
JURNAL 3
Tajuk: Inquiring Mind Want to Know.
Pengkaji: Karen Harlow
1) Sampel Kajian
Pelajar grade 4
2) Setting Kajian
Bilik darjah semasa kelas Sains
Kajian ini dijalankan pada bulan Ogos 2004 hingga April 2005.
3) Prosedur Kajian
Kajian ini melibatkan 4 kumpulan pelajar grade 4 yang dipilih secara rawak dalam kelas. Mereka dikumpulkan mengikut tahap keupayaan masing-masing.
2 kumpulan diajar menggunakan kaedah tradisional atau kaedah kuliah, menggunakan buku teks, jurnal Sains, penaksiran guru dan latihan buku teks.
Manakala 2 kumpulan lagi, diajar menggunakan kaedah siasatan atau penemuan yang melibatkan satu segmen penerokaan, penerangan, penilaian, peta-peta konsep, pembelajaran koperatif, majalah-majalah, penaksiran guru dan log Sains.
Kaedah pengajaran bagi kedua-dua kumpulan tersebut akan ditukar secara bergilir-gilir selepas 2 atau 3 minggu mengikut tafsiran konsep.
4) Pengumpulan Data
Data dikumpulkan berdasarkan perkara berikut:-
• Mengumpulkan skor pelajar daripada awal tahun untuk menentukan tahap pembacaan mereka.
• Pengkaji member ganjaran dan pemerhatian terhadap tingkah laku dan keputusan tersebut dianalisis.
• Pengkaji akan mengutip jurnal-jurnal Sains 2 minggu sekali untuk maklum balas guru dengan pelajar sebagai pemeriksaan asas untuk pemahaman isi pelajaran dan menyempurnakan tugasan.
• Membuat penilaian ke atas peta-peta konsep di akhir P&P untuk pemahaman pelajar.
• Guru menggunakan pemerhatian semasa sesi meneroka pengajaran untuk menentukan perkembangan pelajar terhadap subjek yang diajar.
5) Penganalisisan Data
• Pemerhatian ke atas pelajar menunjukkan pelajar minat subjek Sains. Kebanyakan pelajar menyatakan membuat projek dan aktiviti-aktiviti, pelajari sesuatu yang baru, belajar secara koperatif adalah factor mereka suka terhadap subjek Sains.
• Kajian juga mendapati, pelajar tidak berminat membaca buku teks, belajar untuk peperiksaan. Keputusan menunjukkan pelajar yang diajar menggunakan kaedah penemuan atau inkuiri lebih mempunyai pencapaian yang baik barbanding pelajar yang diajar menggunakan kaedah tradisional.
AKTIVITI 12 : PEMURNIAN
14 years ago
No comments:
Post a Comment