Friday 20 November 2009

AKTIVITI 9: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

Matlamat Kajian Tindakan


a) Mengkaji kesesuaian kaedah karaoke/nyanyian dalam proses pengajaran
   dan  pembelajaran Bahasa Melayu.
b) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan bagi mata
    pelajaran bahasa Melayu.
c) Kaedah nyanyian / karaoke ini boleh digunakan secara berterusan
    dalam  pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
    untuk meningkatkan kefahaman pelajar dengan cara yang lebih mudah.
d) Melalui teknik nyanyian / karaoke bukan sahaja dapat menghiburkan
   pelajar tetapi untuk membantu pelajar belajar Bahasa Melayu dan
   mengembangkan daya ingatan pelajar melalui teknik nyanyian ini.


Objektif Kajian

a) Untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata
    pelajaran bahasa Melayu.
b ) Menggunakan kaedah nyanyian / karaoke dalam meningkatkan
     penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Melayu

Persoalan Kajian

i) Bagaimana kaedah nyanyian / karaoke dapat meningkatkan kefahaman
    pelajar terhadap subjek Bahasa Melayu
ii) Adakah nyanyian / karaoke dapat meningkatkan penguasaan mereka
   dalam subjek Bahasa Melayu
AKTIVITI 8: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN DALAM PENGAJARAN

INDIVIDU DAN KUMPULAN

1. Penggunaan elemen multimedia dalam PnP melalui penggabungan teks, audio, video, grafik dan interaktiviti.


2. Menggunakan pendekatan karaoke/nyanyian dalam mewujudkan suasana PnP yang kondusif bagi menimbulkan minat dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

3. Muzik merupakan medium yang bertindak sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan pelajar, meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi dalam usaha membina kreativiti pelajar.


4. Pelajar mendapat pengalaman muzik yang memadai bagi mencetus dan memperkembang minat dan bakat mereka dalam seni muzik.


5. Meningkatkan perbendaharaan kata pelajar melalui penekanan terhadap lirik lagu yang dinyanyikan.

KUMPULAN LAIN


1. Membimbing pelajar dengan kemahiran yang dapat membantu pelajar
    lulus dalam  matapelajaran Bahasa Melayu
2. Mewujudkan sekumpulan pelajar yang dapat membantu antara mereka
    dalam  menyelesaikan masalah dalam menguasai kemahiran-kemahiran
    dalam matapelajaran Bahasa Melayu
3. Memberikan peluang kepada pelajar untuk berdamping dengan guru
    matapelajaran dan  ini dapat memberikan mereka peluang untuk
    memperbaiki kelemahan mereka dalam matapelajaran ini.

BERDASARKAN LITERATURE REVIEW – BUKU DAN JURNAL

1. Menurut Borich & Tombari (1997)- murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Murid memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang diasimilasi dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membian kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani dan Ramlah, 2002).


2. Menurut Dewey (1966)- pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman kepada pelajar tentang masalah yang cuba dihuraikan.
AKTIVITI 7: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK


1. Terdapat subtopik yang membosankan pelajar seperti penulisan, rumusan, sastera.


2. Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah– menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar.


3. Perkembangan teknologi semasa seperti sms, chatting telah menyumbang kepada kesalahan bahasa dan menggalakkan pelajar menggunakan bahasa yang tidak tepat dan tidak sepatutnya. Sebagai contoh, terdapat perkataan yang dieja secara keterlaluan sehingga mereka yang tidak biasa dengan penggunaan perkataan sedemikian tidak dapat menduga perkataan sebenarnya. Seperti ‘gilerr’ (gila), ‘aperr’ (apa), ‘sumer’ (suma). Selain itu terdapat bahasa sms yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris seperti kol (call) dan pu3 (puteri).

PENGALAMAN DARI KUMPULAN LAIN


1. Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk meluaskan perbendaharaan kata dan bahan bacaan.


2. Pelajar yang mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit menyebabkan minat pelajar yang kurang untuk memahami topik pengajaran yang disampaikan.


3. Kaedah ini kurang sesuai untuk digunakan bagi bahagian yang memerlukan kefahaman yang mendalam.

BERDASARKAN LITERATURE REVIEW – BUKU DAN JURNAL


1. Allen (2007)- kelemahan yang terdapat dalam penggunaan nyanyian / karaoke dalam mata pelajaran ialah tidak terdapat signifikan dalam pencapaian kemahiran membaca bagi pelajar ELL (English Language Learning) selepas satu tahun terlibat dalam kajian yang menggunakan pendekatan nyanyian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
AKTIVITI 6: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK


1. Pengetahuan sedia ada pelajar tentang bahasa ibunda dan bahasa pertuturan seharian.
2. Penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dan pergaulan dengan rakan
    sebaya.
3. Guru mempunyai kebebasan menggunakan aktiviti berpusatkan pelajar seperti aktiviti
   dalam kumpulan, syarahan, main peranan, lakonan, perbincangan, dsb dalam proses PnP;
    menjadikan pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran. Ini juga dapat
    meningkatkan minat pelajar.
4. Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep.
5. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain.
6. Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
7. Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap
    pandangan mereka.
8. Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
9. Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk ”hands on” dan ”minds on”.
10. Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
11. Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
12. Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
13. Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis.


PENGALAMAN DARI KUMPULAN LAIN


1. Inisiatif guru mempelbagaikan kaedah pengajaran menjadikan pengajaran subjek
    bahasa Melayu mudah difahami oleh pelajar.
2. Pelajar lebih mengingati tentang sesuatu yang diajar.
3. Menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan.
4. Teknik nyanyian / karaoke yang digunakan oleh guru dapat membantu pelajar untu
     mengingati sesuatu perkataan atau ayat dengan cepat dan mudah.
5. Membantu pelajar memahami sesuatu topik yang diajar.


BERDASARKAN LITERATURE REVIEW – BUKU DAN JURNAL


1. Monks (2000)- muzik dapat membantu individu lebih efisyen dan meningkatkan pencapaian mental dan    
    pemikiran.
2. (2002)- muzik dapat meningkatkan ingatan, tumpuan, dan mengintegrasikan gaya pembelajaran.
3. Menurut Blair, Jones & Simpson (1991)- banyak kajian lepas telah dikendalikan untuk menguji  
    keberkesanan kaedah nyanyian / karaoke dapat membantu tahap perkembangan mental pelajar.
4. Drosher (2006)- mendapati bahawa pendedahan terhadap teknik nyanyian / karaoke dapat meningkatkan
    IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian lalu menunjukkan bahawa nyanyian dapat meningkatkan 
    kemahiran membaca dan mengingat. Ini kerana lagu dapat membantu pelajar mengenali teks secara lebih
     berkesan berbanding dengan pertuturan . (Colwell, 1994, Register, 2001 dan Stanley & Hughes, 1997).
5. Hansen & Bernstrof, 2002- Hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian pelajar
    meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian dalam mata pelajaran.
6. Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993)- mendapati wujudnya hubungan antara pencapaian
    membaca dengan teknik nyanyian.

   
                                  

Friday 13 November 2009

AKTIVITI 5:   i) MENGAPA GURU PELATIH / NOVIS /
                          BERPENGALAMAN PERLU MELAKUKAN 
                           KAJIAN TINDAKAN?


1) Sebagai garis panduan yang membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2) Menimba pengalaman baru ( novis )

3) Untuk penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Untuk mengenal pasti masalah pelajar dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah tersebut.

5) Menjadikan proses pembelajaran lebih efektif.

6) Menghasilkan kaedah pengajaran yang baru.

7) Menjadikan proses pendidikan sepanjang hayat.

8) Supaya guru menjadi lebih peka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

9) Melahirkan guru yang kreatif.



  ii) MENGAPA ANDA INGIN MELAKUKAN TAJUK    YANG
      DIPILIH UNTUK TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN ANDA?
             
              
1) Untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran.

2) Untuk menarik minat dan perhatian pelajar terhadap subjek Bahasa Melayu.


3) Supaya proses pembelajaran lebih berkesan, kerana melalui nyanyian pelajar mudah untuk 
    mengingat dan memahami sesuatu perkara yang dipelajari.

4) Supaya pelajar tidak berasa bosan dan mengantuk.





AKTIVITI 4: CADANGAN TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN

" Pelaksanaan Karaoke / Nyanyian dalam Pengajaran Bahasa Melayu"

Thursday 12 November 2009

AKTIVITI 2: TUGASAN 2 JURNAL

JURNAL 1: Advantages of Homogeneous Collaborative Grouping for Algebra Students.


           Kajian ini membincangkan tentang bagaimana pelajar yang lemah dapat menunjukkan peningkatan yang besar apabila belajar secara koperatif dengan kumpulan yang sama tahap. Rasional kajian ini dijalankan kerana berlaku masalah jika diletakkan atau digabungkan pelajar yang pelbagai tahap pencapaian dalam satu kumpulan yang sama. Keadaan ini menyebabkan pelajar yang lemah terus ketinggalan kerana pelajar daripada kumpulan yang baik atau pandai tidak bekerjasama dengan pelajar lemah. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih 17 orang pelajar yang mendapat markah markah kurang daripada 70% atau gred D dan F, dan kajian ini dijalankan selama 9 minggu.Pelajar yang dipilih secara tersebut kemudian dimasukkan dalam satu kumpulan kecil yang terdiri daripada empat orang ahli. Pelajar-pelajar tersebut ditempatkan berdekatan dengan meja guru supaya memudahkan guru untuk memberi perhatian kepada mereka.

JURNAL 2: What is the effect of listening to listening classical music on student performance,motivation and
                    focus in math?

            Kajian ini menunjukkan kesan penggunaan muzik dalam proses P&P  bagi mata pelajaran Matematik. Penggunaan muzik ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian, fokus dan motivasi pelajar. Kajian ini dijalankan kerana pengkaji mendapati bahawa ramai pelajar yang tidak berminat dan pencapaian pelajar rendah bagi mata pelajaran tersebut. Selain itu, keyakinan diri yang rendah dalam kalangan pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. pengkaji juga mendapati bahawa  kaedah pengajaran guru yang membosankan  telah menyebabkan pelajar tidak berminat untuk belajar. Kajian ini telah dijalankan kepada 50 orang pelajar dari 3 buah kelas gred 5 di Rutledge H. Pearson Elementary School. Daripada 3 buah kelas tersebut, 2 buah kelas mendengar muzik ketika P&P dan sebuah kelas tidak mendengar muzik.  Kaedah ini dijalankan  secara bergilir-gilir  oleh pengkaji. Pengkaji memainkan lagu klasik ( Mozart) semasa pelajar belajar, melakukan tugasan individu dan berkumpulan dan ketika ujian dijalankan. berdasarkan kajian tersebut, pengkaji menyimpulkan bahawa kaedah muzik tidak memberi kesan yang signifikan terhadap pencapaian, fokus dan motivasi pelajar terhadap Matematik. Pengkaji bercadang akan menggunakan pelbagai genre muzik yang sesuai dengan setiap peringkat umur pelajar dalam kajiannya akan datang.

JURNAL 3: Inquiring Minds Want to Know oleh Karen Harlow


             Kajian ini dijalankan ke atas pelajar gred 4 dalam kelas Sains. Melibatkan 4 kumpulan pelajar yang dipilih secara rawak dalam kelas tersebut. Mereka dikumpulkan mengikut tahap keupayaan masing-masing. 2 kumpulan diajar menggunakan kaedah tradisional atau kaedah kuliah, yang menggunakan buku teks, jurnal Sains, penaksiran guru dan latihan buku teks. Manakala 2 kumpulan lagi diajar menggunakan kaedah siasatan atau penemuan yang melibatkan penerokaan, penerangan, penilaian peta-peta konsep, pembelajaran koperatif dan lain-lain lagi.


JURNAL  4: An Action Research Exploration Integrating Student Choice and
            Arts Activities in a Six Grade.
 Oleh: Courtney dan Reagan, West Virgia University.



         Kajian ini adalah berkaitan tentang cara untuk menyatukan Arts dalam mata pelajaran Sains Sosial. Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penyertaan pelajar serta meningkatkan pencapaian pelajar berdasarkan nota-nota serta melihat maklum balas pelajar. Kajian ini dijalankan di dalam kelas oleh guru pelatih, guru pembimbing dan pensyarah. Pengkaji telah memilih 650 orang pelajar gred 6 dalam kelas Sains Sosial. Di Sekolah West Virginia, US. Kajian dijalankan selama 20 kali pengajaran bertujuan untuk melihat penglibatan pelajar dengan aktif dalam proses P&P. Pengkaji telah menggabungkan subjek Arts dalam subjek Sains Sosial. Dalam penggabungan ini, terdapat beberapa projek yang perlu dilakasanakan oleh pelajar. Antara projek yang dibuat adalah pembentangan projek pelajar seperti membuat lakonan, lagu, power point dan sebagainya. Pengkaji akan mencatatkan setiap penglibatan pelajar. Penilaian dibuat berdasarkan talian “multiple intelligence” secara tidak formal pada awal kajian dijalankan. Kemudian pelajar membuat maklum balas bertulis. Refleksi yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan pengajaran yang akan datang. Berdasarkan komen bertulis pelajar, pelajar dari kumpulan yang memperoleh markah tertinggi dikumpulkan untuk dinilai kejayaannnya. Berdasarkan dapatan kajian, aktiviti yang tidak disukai pelajar dikeluarkan daripada rancangan pengajaran.

JURNAL  5: The Effect of Picture and Promts on The Waiting In
                    Primary Grades

Oleh : Marily Joshua, California State University, Northridge.

              Kajian ini berkaitan dengan penggunaan gambar dapat meningkatkan mutu penulisan pelajar gred awal. Kajian ini dilakukan kerana pengkaji mendapati tulisan tulisan pelajar tidak kemas dan guru tidak dapat membacanya. Dijalankan secara koloboratif antara guru pelatih dengan guru pembimbing. Pengkaji telah memilih 3 tahap sampel, iaitu pelajar tadika (5-8 tahun), pelajar tahap 1 ( 5-7 tahun), pelajar tahap 2 ( 7-8 tahun), dan dijalankan dalam bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk melihat penulisan pelajar dengan menggunakan gambar. Guru yang terlibat memilih beberapa cara pemilihan gambar yang sesuai sama ada jenis lukisan bergaris atau foto. Kumpulan sampel dibahagikan kepada 2 kumpulan, di mana 1 kumpulan membuat penulisan berdasarkan gambar yang diberikan dan 1 lagi kumpulan tidak melihat gambar. Dalam kajian ini, data dikumpul melalui lembaran kerja yang telah dilakukan oleh pelajar ( Penulisan karangan ). Pengkaji mendapati teknik tersebut dapat membantu mereka untuk menulis dengan lebih baik.

JURNAL  6: Using Action Research to Improve Teaching and Student Learning in College.

Oleh: C. Dianne Raubenheimer and Jenifer L. Myka.

          Kajian ini dijalankan untuk melihat reka bentuk dan penyampaian pelajar di dalam makmal Sains melalui mata pelajaran Sains. Guru dan pelajar adalah sampel dalam kajian tersebut. Kajian ini dijalankan di makmal Zoologi ( kolej). Pengkaji telah membuat beberapa langkah dalam pelaksanaan kajian tersebut, iaitu pengkaji melakukan 3 kitaran secara berterusan supaya kajian tindakan yang dilaksanakan untuk membaiki P&P ini tercapai. Kajian ini lebih berfokus untuk meningkatkan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar kolej tersebut. Dalam kitaran pertama, terdapat 5 langkah pada permulaan, iaitu kenal pasti masalah, merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Dalam kitaran kedua dan ketiga, melibatkan 4 langkah sahaja, iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Kitaran ini dilakukan berterusan. Data dikumpul dan dianalisis berdasarkan pemerhatian dan analisis menggunakan kaedah Taksonomi Bloom dalam menggunakan makmal dalam kalangan pelajar, iaiti pengukuran dari segi pengetahuan, kefahaman, aplikasi,sintesis dan penilaian.

JURNAL 7: Implementing Readers Theare as an Approach to Classroom Fluency Instruction.

Oleh: Chase Young and Rasinki Timothy.

              Kajian tersebut dijalankan adalah untuk mengkaji kesan teknik Research Theatre untuk memperbaiki kefasihan dan pencapaian membaca secara keseluruhan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Rasional kajian ini dijalankan kerana ramai pelajar menganggap pembacaan pantas adalah sama dengan pembacaan mahir atau lancar. Pengkaji menganggap keadaan tersebut sebagai tidak kena pada tempatnya dan ia merupakan pendekatan yang tidak berasas untuk diamalkan dalam pengajaran. Pengkaji berpendapat pendekatan ini boleh membawa kepada generasi pembaca yang boleh membaca dengan cepat, tetapi hanya mempunyai kefahaman yang sedikit tentang apa yang dibaca dan tidak mendapat kepuasa. Selain itu, perhatian yang kurang diberikan kepada kaedah membaca dengan eksperi yang bermakna. Pengkaji telah memilih sebanyak 29 orang pelajar gred 2 monolingualdi Eagle Elementry School, Dallas. Kajian dijalankan pada minggu kedua hingga terakhir sesi persekolahan. Dalam kajian ini data dikumpul melalui boring penilaian daerah dan negeri untuk mengukur peningkatan pembacaan dalam kalangan pelajar. Berdasarkan kajian tersebut, pengkaji telah merumuskan bahawa terdapat peningkatan yang jauh lebih baik daripada kelas yang tidak menggunakan kaedah Readers Theatre.

JURNAL 8: Action Research Approach on Mobile Learning Design for The Underserved

Oleh: Paul H. Kim.

             Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang memfokuskan kepada penggunaan model pembelajaran mobile bagi tujuan pembangunan literasi kanak-kanak masyarakat asli migrant di Amerika Latin. Pengkaji menjalankan kajian ini kerana terdapat perbezaan yang ketara pada kadar literasi dan capaian pendidikan formal populasi asli dan bukan asli. Pengkaji telah membuat kajian ke atas 250 kanak-kanak migrant asli,20 ibu bapa, 9 wakil tempatan dan kawasan, 4 pegawai kerajaan dan 5 ketua korporat dan 6 kakitangan sokongan. Kanak-kanak dan ibu bapa yang dijadikan sampel adalah berasal dari 5 buah kampong yang berbeza. Kajian ini dijalankan berdasarkan pemerhatian on-site. Kanak-kanak ditemubual secara individu dan berkumpulan. Pelbagai jenis data termasuk diari dari pemerhatian dokumen, rakaman audio, gambar dan rakaman video dikumpulkan melalui siri interaksidengan semua yang terlibat dalam kajian tersebut. Pengkaji mendapati bahawa peranti mobile merupakan teman membaca yang sangat menyeronokkan kepada kanak-kanak. Manakala ibu bapa pula menerima peranti tersebut adalah sesuai bagi proses P&P.

JURNAL 9: An Action Research Project on Preparing Teacher to Meet the
                   Needs toUnderserved Student Populations.
Oleh: Gayle A. Buck dan Jeanene G. Cordes

              Kajian ini berfokuskan penyediaan guru-guru Sains sekolah rendah dan menengah agar dapat memenuhi keperluan kanak-kanak daripada populasi kecil. Menurut pengkaji kajian ini dijalankan kerana keyakinan yang rendah dalam mengajar subjek Sains di populasi terpencil. Selain itu, kurangnya pengetahuan tentang strategi pedagogi dan kurang kesediaan dalam mengajar subjek tersebut. Kajian ini telah dijalankan ke atas 20 orang guru pra latihan dari College of Education and Human Science USA dan kanak-kanak dari populasi terpencil. Data dikumpulkan berdasarkan soal selidik terbuka, dokumen seminar, pemerhatian,analisis kuantitatif dan kualitatif,penilaian seminar dan maklum balas online. Berdasarkan kajian ini pengkaji mendapati bahawa keputusan yang lebih baik terhadap keyakinan dan pengetahuan guru bagi memenuhi keperluan populasi pelajar terpencil bagi subjek Sains.







Sunday 8 November 2009

AKTIVITI 1: Tugasan 1 Buku

Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah satu cara penyelidikan  atau siasatan, iaitu dengan, melakukan penilaian pada kaeadah sedia ada, penyelidik  kemudiannya akan memfokuskan kepada masalah ( apa yang perlu dijelaskan ) dan mendapatkan maklumat ( siapa yang terlibat, isi kandungan kajian). Kemudinnya pengkaji akan melakukan proses perancangan, pelaksanann, menilai dapatan atau seterusnya dapatkan kesimpulan.


Kajian tindakan adalah bercorak penyertaan yang dilaksanakan oleh pengkaji ( guru ) untuk tujuan penambahbaikan dan perubahan. Kajian yang dijalankan ini melibatkan  guru dan pelajar. Kajaian tindakan adalah  proses menggalakkan guru membuat refleksi kendiri untuk mengubah kekuramngan yang ada pada diri sendiri. .



Menurut Lawrence Stenhouse (1983 )  KT meminjamkan dimensi baru kerana ia berkaiatan dengan proses kepada penambahbaikan atau meningkatkan, dan membuat tuntutan terhadap sesuatau yang terlah ditingkatkan. Dengan kata lain, KT adalah proses penyiasatan yang sistematik bagi meningkatkan keadaan social dan mengumumkannya.


Saturday 7 November 2009

TUGASAN KELAS: Model Kajian Tindakan

Kemmis dan Mc Taggard


Gelung Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggard ( 1998 )

Menurut Model kajian TIndakan Kemmis dan Mc Taggard, dalam gelungan pertama, proses  kajian tindakan bermula apabila guru menjalankan refleksi  ke atas sesuatu isu pengajaran dan pembelajaran yang ingin dikaji  dan diambil tindakan. Guru-guru perlu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk menangani  masalah yang dihadapi. Guru perlu mengikut pelan yang dirancang dengan melakukan pemerhatian  terhadap perkara yang dikaji untuk melihat perkembangan dan kemajuan.

Jika masalah tersebut tidak dapat diatasi, maka guru perlu melakukan proses permulaan  ke atas gelungan kedua sehingga masalah itu dapat diselesaikan dan mencapai objektif yang dirancang. Di peringkat gelungan yang kedua ini, guru perlu melakukan refleksi dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan yang dibina.
TUGASAN KELAS: Konsep Kajian Tindakan

Kemmis dan Mc Taggard (1998 )

Kajian tindakan adalah suatu  kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh seseorang dalam situasi sosial itu sendiri seperti guru sebagai penyelidik, melalui tindakan yang praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing. Di samping itu, ia juga meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan tersebut serta situasi  tempat di mana mereka menjalankan kajian.

Mc Niff ( 1998 )

Kajian tindakan merujuk kepada satu langkah untuk membaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan mel;alui pembaharuan dan penambahbaikan dengan menggalakkan guru-guru membuat refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Tuesday 3 November 2009

TUGASAN TIGA

Tajuk
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH MELALUI KAEDAH SIMULASI

Pembentang
AISYATULASYIQAH

1) PENYATAAN MASALAH

   i) Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat pelajar dalam subjek Pendidikan Islam?
    ii) Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai  digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
        subjek Pendidikan Islam?

2) METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN, SAMPEL KAJIAN

    i)  Metodologi Kajian
     
        - Sama seperti pengkaji lain, menggunakan model Kemmis dan Mc Taggard (1983), iaitu merancang,
          bertindak, memerhati dan refleksi.

        - Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah simulasi, iaitu kaedah tunjuk cara. Dalam
           kajian ini, guru telah menunjukkan cara-cara menyucikan najis terlebih dahulu sebelum meminta
           pelajar melakukannya.

    ii) Setting Kajian

        a) Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.
      
        b) Dilakukan di dalam dan di luar sesi pembelajaran
      
        c) Dijalankan dalam dua sesi, iaitu dua kali perjumpaan  dalam masa seminggu  Setiap Perjumpaan
            mengambil masa satu jam. Ini bermakna, dalam kajian ini, perjumpaan dibuat selama dua minggu,
            sebanyak empat kali.

   iii) Sampel Kajian
       
        Seramai 29 orang pelajar tingkatan satu Marikh yang mempunyai pencapaian tinggi dalam mata
        pelajaran Pendidikan Islam.

3) PENGUMPULAN DAN PENGANILISISAN DATA
    Pengumpulan data dibuat melalui kaedah berikut:

         a) Pemerhatian
         b) Temu bual tidak bersturuktur
         c) Kualitatif yang terdiri daripada soal jawab dan kuiz lisan yang dijalankan di dalam kelas. Kemudian
             data di analisis secara manual.

4) IMPLIKASI KAJIAN

   - Pengkaji menyatakan bahawa kaedah mengajar simulasi ini adalah menyeronokkan, dan dapat
      menarik perhatian dan minat pelajar terhadap pengajaran guru.

5) APAKAH YANG ANDA PELAJARI DARIPADA KAJIAN TERSEBUT

      i) Mengetahui bahawa masih ada teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar
          terhadap mata pelajaran pendidikan Islam.
   
     ii) Dapat mengaplikasikan teknik tersebut  dalam  pengajaran walaupun mata pelajaran lain,

    iii) Seseorang guru perlu lebih kreatif dalam proses pengajaran  dan  pembelajaran agar proses
          tersebut menjadi lebih bermakna.
        




Sunday 1 November 2009

SAMBUNGAN TUGASAN TIGA



TAJUK

PENGGUNAAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF ( JIGSAW ) DALAM KESUSASTERAAN BAHASA INGGERIS, SOURCES OF ENERGY ( SUMBER- SUMBER TENAGA ) DAN TOKOH ISLAM: IMAM MALIK RAHIMAHULLAH






Pembentang:
Lim Siew Yee
Mohd Faizal Mahmod
Mohd Amin Zakaria













1) Penyataan Masalah


i) Adakah teknik ini dapat meningkatkan minat,motivasi, dan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


ii) Adakah teknik ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar?


iii) Adakah teknik sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?












2) Metodologi Kajian, Setting Kajian, Sampel Kajian








i) Metodologi Kajian

- kaedah kajian tindakan kolaboratif ( 3 orang )
- Model Kemmis, iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
- Mengumpul dan menganalisis data melalui soal selidik.








ii) Setting Kajian
- Sekolah di mana pengkaji menjalani latihan mengajar, iaitu SMK Jalan Reko.
- Dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.








iii) Sampel Kajian

- Seramai 109 orang pelajar dari tingkatan 1,2 dan 4 SMK Jalan Reko.












3) Pengumpulan dan Penganalisisan Data







i) Pemerhatian Guru

- Pemerhatian dibuat berdasarkan tingkahlaku dan keterlibatan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, dengan mengunakan teknik pembelajaran kooperatif ( Jigsaw )







ii) Soal Selidik

- Pengkaji mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan kaedah pembelajaran kooperatif ( Jigsaw ) kepada sampel kajian.











4) Implikasi Kajian



Menurut pengkaji kajian mengenai pembelajaran kooperatif ( Jigsaw ) ini memberkan impak posotif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.



Pembejaran Kooperatif ( Jigsaw ) didapati berkesan untuk:

i) Meningkatkan keberkesanan penyampaian objektif pengajaran
ii) Meningkatkan motivasi pelajar
iii) Meningkatkan penglibatan pelajar sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran










5) Apa yang dipelajari daripada kajian ini

i) Dapat maklumat bagaimana kajian tindakan dijalankan.

ii) Dapat mengetahui keberkesanan teknik pembelajaran kooperatif ( Jigsaw ) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii) Memberi idea bahawa guru perlu kreatif dalam menarik perhatian dan minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.