TUGASAN 1: ULASAN BUKU
Tajuk Buku: Doing and Writing Action Research
Pengarang : McNiff dan Whitehead
Apa itu Kajian Tindakan (KT)
Dalam menjalankan kajian tindakan terdapat beberapa perkara yang terlibat. Antaranya
1) Mengambil Tindakan
Setiap amalan yang dilakukan adalah untuk meningkatkan sesuatu.
2) Menjalankan Kajian
Bagaimana seseorang mengumpul data dan analisis apa yang telah dilakukan, untuk melihat sama sesuatu perkara itu benar-benar meningkat atau bertambah baik.
3) Menceritakan dan berkongsi dapatan kajian
Memberitahu orang lain apa yang telah dilakukan dan bagaimana melakukannya, dan memgapa ia penting. Membuat tuntutan kepada pengetahuan yang telah diperolehi dan memikirkan cara-cara untuk meningkatkan sesuatu perkara.
DEFINISI-DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Lawrence Stenhouse (1983)
KT meminjamkan dimensi baru kerana ia berkaiatan dengan proses kepada penambahbaikan atau meningkatkan, dan membuat tuntutan terhadap sesuatau yang terlah ditingkatkan. Dengan kata lain, KT adalah proses penyiasatan yang sistematik bagi meningkatkan keadaan social dan mengumumkannya.
Kemmis dan McTaggart (1998)
KT adalah suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi social itu sendiri seperti, guru sebagai penyelidik melalui KT amalan mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan tersebut serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
McNiff (2009)
KT adalah untuk membaiki pengetahuan tentang situasi luar di mana setiap yang bersifat unik dan maklumat yang diperolehi tidak boleh digeneralisasikan atau diaplikasikan kepada orang lain walaupun ia boleh dikongsi dengan orang lain.
MENGAPA GURU MELAKUKAN KT
1. Untuk membaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Membaiki pengetahuan tentang sesuatu, dan ia tidak boleh digeneralisasikan kepada orang lain.
BILA GURU MELAKUKAN KT
Seseorang guru akan melakukan KT setelah mengenal pasti permasalahan yang timbul dalam kalangan pelajar terhadap sesuatu pelajaran atau tingkah laku. KT dijalankan bertujan agar guru tersebut dapat memikirkan cara terbaik untuk mengatasi sesuatu masalah yang telah dikenalpasti.
DI MANA GURU MELAKUKAN KT
Tindakan dalam KT adalah tindakan yang diambil di sekitar tempat kerja seperti pejabat, rumah supermarket dan lain-lain lagi. Tindakan akan menjadi kajian apabila kiata membuat keputusan untuk menyiasat apa yang kita jalankan. Dalam bidang pendidikan KT dijalankan oleh guru-guru di:
1) Bilik darjah
2) Dalam kawasan sekolah
3) Dijalankan terhadap sesuatu mata pelajaran.
BAGAIMANA GURU MENJALANKAN KT
Apabila seseorang guru ingin melakukan KT, terdapat beberapa perkara yang terlibat. Antaranya adalah:-
1) Tindakan
- apa yang dilakukan untuk meningkatkan sesuatu.
2) Menjalankan Penyelidikan
- bagaimana data diperoleh, dianalisis dan sebagainya.
3) Berkongsi dapatan kajian
- beritahu orang lain apa yang telah dijalankan. Namun dapatan tersebut tidak boleh diaplikasikan atau digeneralisasikan kepada orang lain.
4) Untuk memberitahu orang lain memerkan permasalahan
- Apa jenis tindakan yang penting dalam KT?
- Mengapa perlu laporan KT menjadi laporan kajian, dan bukan hanya tentang tindakan?
- Siapa yang melakukan tindakan, dan siapa yang melakukan kajian?
METODOLOGI KT
Metodologi merujuk kepada cara kita mereka bentuk dan melakukan KT dan uji kesahan dapatan kajian. Mellor (1998) mengatakan bahawa metodologi adalah dalam “muddle”.
Metodologi yang rapi atau sistematik adalah bagaimana satu aspek itu ditukarkan kepada sesuatu yang lain. Proses ini boleh diinterpretasikan dengan cara yang berbeza.
PARTICIPANTS/ SAMPEL
Merujuk kepada siapa yang akan kita libatkan sebagai sampel kajian. Terdapat sekurang-kurangnya tiga kumpulan sampel kajian. Antaranya seperti di bawah:-
1) Sampel Kajian
Individu yang anda libatkan secara terus untuk terlibat dalam kajian anda. Mereka mungkin rakan seperjuangan anda, pelajar, pesakit pelanggan dan sebagainya. Namun dalam konteks pendidikan sampel kajian adalah terdiri daripada guru dan pelajar.
2) Rakan-rakan dan kumpulan pengesahan (critical friends and validation groups)
Anda meminta mereka untuk membantu anda menjalankan KT . “validation groups adalah perhimpunan formal termasuk perbincangan dengan “critical friends”untuk member anda maklum balas tentang kesahan bukti kajian anda.
3) Pemerhati
Mereka terdiri daripada rakan seperjuangan anda atau individu yang berminat untuk memerhatikan tindakan anda.
PENGUMPULAN DATA
Menerangkan bagaimana anda memantau kajian anda dan mengumpul data. Menunjukkan teknik mengumpul data yang anda gunakan, sama ada anada menggunakan teknik yang sama atau berbeza. Antara teknik yang boleh digunakan seperti yang terdapat dalam jurnal yang bertajuk “Advantages of Homogeneous Collaborative Grouping for Algebra Students” adalah:
1) Pemerhatian
2) Nota lapangan
3) Pita rakaman perbualan
4) Soal selidik
ETIKA DALAM KT
Menurut Hopkins (2008) dalam bukunya “ A teacher guide to classroom research” terdapat enam etika yang perlu diberi perhatian dalam melakukan KT. Etika-etika tersebut adalah seperti berikut:
1) Kajian yand direka atau dijalankan adalah untuk mengekalkan integrity dan kualiti.
2) Staf dan subjek yang terlibat dalam kajian perlu diberitahu dengan terperinci tentang tujuan, kaedah yang digunakan, penglibatan, risiko yang ada dan sebagainya.
3) Menghormati maklumat dan identity subjek yang dirahsiakan
4) Pastikan subjek yang terlibat adalah atas kerelaan mereka sendiri, bukan dipaksa oleh pengkaji.
5) Pastikan keselamatan subjek, elakkan kenudaratan kepadanya.
6) Kebebasan kajian perlu dijelaskan dan sebarang konfliks kepentingan mesti diterangkan dengan jelas dan terperinci.
AKTIVITI 12 : PEMURNIAN
14 years ago
No comments:
Post a Comment