Thursday, 17 December 2009

TUGASAN KELAS 18.12.2009: AKTIVITI 3: KOLOKIUM DPLI 2009.

Meningkatkan Minat dan Tahap Penguasaan Pelajar dalam Kemahiran Membaca Al-Quran dengan Kaedah IQRA'.

Oleh: Halina Yusof
         Nor Syariah Sirun

.


Pengumpulan / Penganalisisan Data.

 - Berdasarkan kajian yang dijalankan, data dikumpul dengan 3 kaedah:

1) Pemerhatian
     Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
     Pengkaji membuat pemerhatian semasa  mengajar mata pelajaran 
     Pendidikan Islam dalam bahagian Tilawah Al-Quran dan 
     mendapati  terdapat segelintir  pelajar tidak tahu dan lemah dalam
     bacaan al-Quran. Selain itu, pemerhatian juga dibuat berdasarkan
     bacaan yassin setiap hari di bulan  Ramadhan. Pengkaji mendapati
     terdapat pelajar yang tidak membaca tetapi melihat rakan di sebelah. 

2) Temubual
     Temubual yang dijalankan dalam kajian ini adalah temubual tidak
      berstruktur. Temubual dijalankan sebelum dan selepas kajian
     dijalankan.
      Sebelum- dijalankan sebelum pelaksanaan kajian dan mendapati ramai
                      pelajar yang tidak kuasai bacaan Al-Quran.
     Selepas-    dijalankan selepas pelaksanaan kajian. Pengkaji mendapati
                        pelajar menunjukkan perubahan yang positif, pelajar telah
                       memiliki keyakinan diri.

3) Ujian bacaan
    Dilakukan setelah pelajar dapat kuasai ayat Al-Quran dengan kaedah
    iqra'. ujian ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian. dilakukan
    secara lisan. Pelajar diminta membaca dari huruf-huruf yang tidak
    bersambung hingga ke huruf yang bersambung.



 Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan 4 terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif.

Oleh: Siti Zubaidah Ingsa
         Suryatee Abd. Rashid


Pengumpulan/ Penganalisisan Data.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, data dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif.

Kualitatif
Data-data dari hasil pemerhatian iaitu, refleksi guru, penilaian guru mata pelajaran sebenar, penilaian guru pembimbing,  penilaian pensyarah dan komen pelajar dianalisis dengan mengasingkan setiap kategori tertentu. bagi data senarai semak, data dianalisis satu persatu dan hasilnya dibandingkan untuk cari persamaan dan perbezaannya.

Kuantatatif
Diperolehi daripada ujian pre-test dan pro-test. Data dianalisis perkembangan mengikut peratusan.

No comments:

Post a Comment