Friday 11 December 2009

AKTIVITI 13: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL DAN OPERASIONAL KAJIAN.

KERANGKA TEORITIKAL


Kerangka Teoritikal adalah satu koleksi konsep-konsep yang berkaitan. Kerangka teori menjadi panduan dalam menjalankan sesuatu kajian. Ia menjadi penentu kepada perkara-perkara yang ingin diukur dan melihat hubungan-hubungan satistik yang akan dicari.

Dengan kata lain, kerangka teori adalah huraian yang menegaskan tentang teori yang dijadikan landasan dan andaian-andaian teori, yang mana daripada teori tersebut akan menjelaskan fenomena yang dikaji.

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah karaoke, manakala pembolehubah bersandar pula adalah pencapaian, fokus, dan minat pelajar terhadap pengajaran guru. Ini kerana ketiga-tiga perkara tersebut ditentukan oleh kaedah pengajaran guru.


Definisi Karaoke dan Nyayian

Nyanyian- gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara; bunyi atau suara yang berirama dan berlagu ( Kamus Pelajar, 1995)


Teori yang digunakan

1) Koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan
murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Dalam kajian ini, guru akan menggunakan kaedah tersebut bagi mencungkil kebolehan setiap pelajar. Melalui pembelajaran koperatif ini, diharapkan pelajar dapat berinteraksi secara positif dalam kumpulan dan menggalakkan budaya perkongsian idea antara satu sama lain.


2) Konstuktivisme
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

3) Pelaziman Operan (Ganjaran)
Selain itu, kajian ini juga menggunakan teori pelaziman operan, pengukuhan positif. Pengukuhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran kepada pelajar setelah perlakuan itu ditunjukkan, bertujan supaya perlakuan tersebut akan diulang. Dalam kajian ini, kami akan memberikan ganjaran kepada pelajar yang banyak terlibat dalam aktiviti P& P. Ganjaran akan diberikan dalam bentuk pujian, senyuman atau pemberian hadiah.

No comments:

Post a Comment