KERANGKA KONSEPTUAL
Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua aspek yang ditemui ( definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk yang b erbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.
TAJUK:
Karaoke atau Nyanyian dalam Pengajaran dan Pembelajaran
OBJEKTIF:
1) Membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran bahasa Melayu.
2) Meningkatkan pencapaian pelajar terhadap subjek bahasa Melayu.
2) Meningkatkan pencapaian pelajar terhadap subjek bahasa Melayu.
TEMPAT KAJIAN:
Bilik darjah
SAMPEL KAJIAN:
Pelajar Bermasalah Pembelajaran
KAEDAH KAJIAN:
1) Kajian kepustakaan
2) Menggunakan model Kemmis dan McTaggard
3) Menggunakan kaedah interaksi berpusatkan pelajar.
ANALISIS DATA:
1. Data dianalisis berdasarkan hasil pemerhatian terhadap pencapaian, focus dan minat pelajar selama kajian dijalankan.
RUMUSAN
Menggunakan model Kemmis dan Mc Taggard yang terdiri daripada 4 fasa, iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi.
Langkah 1: Mengenal pasti masalah
Bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam
mengenali huruf-huruf vokal dan konsonan, pengkaji
akan membuat pemerhatian terhadap pelajar.
Pemerhatian akan dilakukan semasa proses P& P.
Langkah 2: Merancang
Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah
karaoke atau nyanyian untuk membantu pelajar dapat
menguasai kemahiran mengenal huruf vokal dan konsonan.
Sebelum kajian ini dijalankan kami meminta pelajar
menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan. Kemudian kami
akan menggunakan kaedah nyanyian atau karaoke dalam
proses P& P.
Langkah 3: Tindakan
Proses P& P akan dijalankan menggunakan Kaedah
Nyanyian atau karaoke sehingga pelajar
dapat menguasai isi pelajaran.
Langkah 4: Pemerhatian
Pemerhatian akan dibuat terhadap fokus, minat dan
pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar melalui latihan
dalam lembaran kerja.
Langkah 5: Refleksi
Penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya masih
terdapat pelajar yang tidak menguasai isi
pelajaran. Berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggard
ini, pengulangan perlu dilakukan daripada proses permulaan
sekiranya masih ada pelajar yang lemah. Hal ini bertujuan untuk
memastikan setiap objektif dapat dicapai.
No comments:
Post a Comment