Friday 20 November 2009

AKTIVITI 9: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

Matlamat Kajian Tindakan


a) Mengkaji kesesuaian kaedah karaoke/nyanyian dalam proses pengajaran
   dan  pembelajaran Bahasa Melayu.
b) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan bagi mata
    pelajaran bahasa Melayu.
c) Kaedah nyanyian / karaoke ini boleh digunakan secara berterusan
    dalam  pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
    untuk meningkatkan kefahaman pelajar dengan cara yang lebih mudah.
d) Melalui teknik nyanyian / karaoke bukan sahaja dapat menghiburkan
   pelajar tetapi untuk membantu pelajar belajar Bahasa Melayu dan
   mengembangkan daya ingatan pelajar melalui teknik nyanyian ini.


Objektif Kajian

a) Untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata
    pelajaran bahasa Melayu.
b ) Menggunakan kaedah nyanyian / karaoke dalam meningkatkan
     penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Melayu

Persoalan Kajian

i) Bagaimana kaedah nyanyian / karaoke dapat meningkatkan kefahaman
    pelajar terhadap subjek Bahasa Melayu
ii) Adakah nyanyian / karaoke dapat meningkatkan penguasaan mereka
   dalam subjek Bahasa Melayu

No comments:

Post a Comment