Tuesday, 3 November 2009

TUGASAN TIGA

Tajuk
MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN IBADAH MELALUI KAEDAH SIMULASI

Pembentang
AISYATULASYIQAH

1) PENYATAAN MASALAH

   i) Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat pelajar dalam subjek Pendidikan Islam?
    ii) Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai  digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
        subjek Pendidikan Islam?

2) METODOLOGI KAJIAN, SETTING KAJIAN, SAMPEL KAJIAN

    i)  Metodologi Kajian
     
        - Sama seperti pengkaji lain, menggunakan model Kemmis dan Mc Taggard (1983), iaitu merancang,
          bertindak, memerhati dan refleksi.

        - Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah simulasi, iaitu kaedah tunjuk cara. Dalam
           kajian ini, guru telah menunjukkan cara-cara menyucikan najis terlebih dahulu sebelum meminta
           pelajar melakukannya.

    ii) Setting Kajian

        a) Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.
      
        b) Dilakukan di dalam dan di luar sesi pembelajaran
      
        c) Dijalankan dalam dua sesi, iaitu dua kali perjumpaan  dalam masa seminggu  Setiap Perjumpaan
            mengambil masa satu jam. Ini bermakna, dalam kajian ini, perjumpaan dibuat selama dua minggu,
            sebanyak empat kali.

   iii) Sampel Kajian
       
        Seramai 29 orang pelajar tingkatan satu Marikh yang mempunyai pencapaian tinggi dalam mata
        pelajaran Pendidikan Islam.

3) PENGUMPULAN DAN PENGANILISISAN DATA
    Pengumpulan data dibuat melalui kaedah berikut:

         a) Pemerhatian
         b) Temu bual tidak bersturuktur
         c) Kualitatif yang terdiri daripada soal jawab dan kuiz lisan yang dijalankan di dalam kelas. Kemudian
             data di analisis secara manual.

4) IMPLIKASI KAJIAN

   - Pengkaji menyatakan bahawa kaedah mengajar simulasi ini adalah menyeronokkan, dan dapat
      menarik perhatian dan minat pelajar terhadap pengajaran guru.

5) APAKAH YANG ANDA PELAJARI DARIPADA KAJIAN TERSEBUT

      i) Mengetahui bahawa masih ada teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar
          terhadap mata pelajaran pendidikan Islam.
   
     ii) Dapat mengaplikasikan teknik tersebut  dalam  pengajaran walaupun mata pelajaran lain,

    iii) Seseorang guru perlu lebih kreatif dalam proses pengajaran  dan  pembelajaran agar proses
          tersebut menjadi lebih bermakna.
        




No comments:

Post a Comment