JURNAL 1: Advantages of Homogeneous Collaborative Grouping for Algebra Students.
Kajian ini membincangkan tentang bagaimana pelajar yang lemah dapat menunjukkan peningkatan yang besar apabila belajar secara koperatif dengan kumpulan yang sama tahap. Rasional kajian ini dijalankan kerana berlaku masalah jika diletakkan atau digabungkan pelajar yang pelbagai tahap pencapaian dalam satu kumpulan yang sama. Keadaan ini menyebabkan pelajar yang lemah terus ketinggalan kerana pelajar daripada kumpulan yang baik atau pandai tidak bekerjasama dengan pelajar lemah. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih 17 orang pelajar yang mendapat markah markah kurang daripada 70% atau gred D dan F, dan kajian ini dijalankan selama 9 minggu.Pelajar yang dipilih secara tersebut kemudian dimasukkan dalam satu kumpulan kecil yang terdiri daripada empat orang ahli. Pelajar-pelajar tersebut ditempatkan berdekatan dengan meja guru supaya memudahkan guru untuk memberi perhatian kepada mereka.
JURNAL 2: What is the effect of listening to listening classical music on student performance,motivation and
focus in math?

Kajian ini menunjukkan kesan penggunaan muzik dalam proses P&P bagi mata pelajaran Matematik. Penggunaan muzik ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian, fokus dan motivasi pelajar. Kajian ini dijalankan kerana pengkaji mendapati bahawa ramai pelajar yang tidak berminat dan pencapaian pelajar rendah bagi mata pelajaran tersebut. Selain itu, keyakinan diri yang rendah dalam kalangan pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. pengkaji juga mendapati bahawa kaedah pengajaran guru yang membosankan telah menyebabkan pelajar tidak berminat untuk belajar. Kajian ini telah dijalankan kepada 50 orang pelajar dari 3 buah kelas gred 5 di Rutledge H. Pearson Elementary School. Daripada 3 buah kelas tersebut, 2 buah kelas mendengar muzik ketika P&P dan sebuah kelas tidak mendengar muzik. Kaedah ini dijalankan secara bergilir-gilir oleh pengkaji. Pengkaji memainkan lagu klasik ( Mozart) semasa pelajar belajar, melakukan tugasan individu dan berkumpulan dan ketika ujian dijalankan. berdasarkan kajian tersebut, pengkaji menyimpulkan bahawa kaedah muzik tidak memberi kesan yang signifikan terhadap pencapaian, fokus dan motivasi pelajar terhadap Matematik. Pengkaji bercadang akan menggunakan pelbagai genre muzik yang sesuai dengan setiap peringkat umur pelajar dalam kajiannya akan datang.
JURNAL 3: Inquiring Minds Want to Know oleh Karen Harlow
Kajian ini dijalankan ke atas pelajar gred 4 dalam kelas Sains. Melibatkan 4 kumpulan pelajar yang dipilih secara rawak dalam kelas tersebut. Mereka dikumpulkan mengikut tahap keupayaan masing-masing. 2 kumpulan diajar menggunakan kaedah tradisional atau kaedah kuliah, yang menggunakan buku teks, jurnal Sains, penaksiran guru dan latihan buku teks. Manakala 2 kumpulan lagi diajar menggunakan kaedah siasatan atau penemuan yang melibatkan penerokaan, penerangan, penilaian peta-peta konsep, pembelajaran koperatif dan lain-lain lagi.
JURNAL 4: An Action Research Exploration Integrating Student Choice and
Arts Activities in a Six Grade.
Oleh: Courtney dan Reagan, West Virgia University.
Kajian ini adalah berkaitan tentang cara untuk menyatukan Arts dalam mata pelajaran Sains Sosial. Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penyertaan pelajar serta meningkatkan pencapaian pelajar berdasarkan nota-nota serta melihat maklum balas pelajar. Kajian ini dijalankan di dalam kelas oleh guru pelatih, guru pembimbing dan pensyarah. Pengkaji telah memilih 650 orang pelajar gred 6 dalam kelas Sains Sosial. Di Sekolah West Virginia, US. Kajian dijalankan selama 20 kali pengajaran bertujuan untuk melihat penglibatan pelajar dengan aktif dalam proses P&P. Pengkaji telah menggabungkan subjek Arts dalam subjek Sains Sosial. Dalam penggabungan ini, terdapat beberapa projek yang perlu dilakasanakan oleh pelajar. Antara projek yang dibuat adalah pembentangan projek pelajar seperti membuat lakonan, lagu, power point dan sebagainya. Pengkaji akan mencatatkan setiap penglibatan pelajar. Penilaian dibuat berdasarkan talian “multiple intelligence” secara tidak formal pada awal kajian dijalankan. Kemudian pelajar membuat maklum balas bertulis. Refleksi yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan pengajaran yang akan datang. Berdasarkan komen bertulis pelajar, pelajar dari kumpulan yang memperoleh markah tertinggi dikumpulkan untuk dinilai kejayaannnya. Berdasarkan dapatan kajian, aktiviti yang tidak disukai pelajar dikeluarkan daripada rancangan pengajaran.
JURNAL 5: The Effect of Picture and Promts on The Waiting In
Primary Grades
Oleh : Marily Joshua, California State University, Northridge.
Kajian ini berkaitan dengan penggunaan gambar dapat meningkatkan mutu penulisan pelajar gred awal. Kajian ini dilakukan kerana pengkaji mendapati tulisan tulisan pelajar tidak kemas dan guru tidak dapat membacanya. Dijalankan secara koloboratif antara guru pelatih dengan guru pembimbing. Pengkaji telah memilih 3 tahap sampel, iaitu pelajar tadika (5-8 tahun), pelajar tahap 1 ( 5-7 tahun), pelajar tahap 2 ( 7-8 tahun), dan dijalankan dalam bilik darjah. Kajian ini bertujuan untuk melihat penulisan pelajar dengan menggunakan gambar. Guru yang terlibat memilih beberapa cara pemilihan gambar yang sesuai sama ada jenis lukisan bergaris atau foto. Kumpulan sampel dibahagikan kepada 2 kumpulan, di mana 1 kumpulan membuat penulisan berdasarkan gambar yang diberikan dan 1 lagi kumpulan tidak melihat gambar. Dalam kajian ini, data dikumpul melalui lembaran kerja yang telah dilakukan oleh pelajar ( Penulisan karangan ). Pengkaji mendapati teknik tersebut dapat membantu mereka untuk menulis dengan lebih baik.
JURNAL 6: Using Action Research to Improve Teaching and Student Learning in College.
Oleh: C. Dianne Raubenheimer and Jenifer L. Myka.
Kajian ini dijalankan untuk melihat reka bentuk dan penyampaian pelajar di dalam makmal Sains melalui mata pelajaran Sains. Guru dan pelajar adalah sampel dalam kajian tersebut. Kajian ini dijalankan di makmal Zoologi ( kolej). Pengkaji telah membuat beberapa langkah dalam pelaksanaan kajian tersebut, iaitu pengkaji melakukan 3 kitaran secara berterusan supaya kajian tindakan yang dilaksanakan untuk membaiki P&P ini tercapai. Kajian ini lebih berfokus untuk meningkatkan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar kolej tersebut. Dalam kitaran pertama, terdapat 5 langkah pada permulaan, iaitu kenal pasti masalah, merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Dalam kitaran kedua dan ketiga, melibatkan 4 langkah sahaja, iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Kitaran ini dilakukan berterusan. Data dikumpul dan dianalisis berdasarkan pemerhatian dan analisis menggunakan kaedah Taksonomi Bloom dalam menggunakan makmal dalam kalangan pelajar, iaiti pengukuran dari segi pengetahuan, kefahaman, aplikasi,sintesis dan penilaian.
JURNAL 7: Implementing Readers Theare as an Approach to Classroom Fluency Instruction.
Oleh: Chase Young and Rasinki Timothy.
Kajian tersebut dijalankan adalah untuk mengkaji kesan teknik Research Theatre untuk memperbaiki kefasihan dan pencapaian membaca secara keseluruhan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Rasional kajian ini dijalankan kerana ramai pelajar menganggap pembacaan pantas adalah sama dengan pembacaan mahir atau lancar. Pengkaji menganggap keadaan tersebut sebagai tidak kena pada tempatnya dan ia merupakan pendekatan yang tidak berasas untuk diamalkan dalam pengajaran. Pengkaji berpendapat pendekatan ini boleh membawa kepada generasi pembaca yang boleh membaca dengan cepat, tetapi hanya mempunyai kefahaman yang sedikit tentang apa yang dibaca dan tidak mendapat kepuasa. Selain itu, perhatian yang kurang diberikan kepada kaedah membaca dengan eksperi yang bermakna. Pengkaji telah memilih sebanyak 29 orang pelajar gred 2 monolingualdi Eagle Elementry School, Dallas. Kajian dijalankan pada minggu kedua hingga terakhir sesi persekolahan. Dalam kajian ini data dikumpul melalui boring penilaian daerah dan negeri untuk mengukur peningkatan pembacaan dalam kalangan pelajar. Berdasarkan kajian tersebut, pengkaji telah merumuskan bahawa terdapat peningkatan yang jauh lebih baik daripada kelas yang tidak menggunakan kaedah Readers Theatre.
JURNAL 8: Action Research Approach on Mobile Learning Design for The Underserved
Oleh: Paul H. Kim.
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang memfokuskan kepada penggunaan model pembelajaran mobile bagi tujuan pembangunan literasi kanak-kanak masyarakat asli migrant di Amerika Latin. Pengkaji menjalankan kajian ini kerana terdapat perbezaan yang ketara pada kadar literasi dan capaian pendidikan formal populasi asli dan bukan asli. Pengkaji telah membuat kajian ke atas 250 kanak-kanak migrant asli,20 ibu bapa, 9 wakil tempatan dan kawasan, 4 pegawai kerajaan dan 5 ketua korporat dan 6 kakitangan sokongan. Kanak-kanak dan ibu bapa yang dijadikan sampel adalah berasal dari 5 buah kampong yang berbeza. Kajian ini dijalankan berdasarkan pemerhatian on-site. Kanak-kanak ditemubual secara individu dan berkumpulan. Pelbagai jenis data termasuk diari dari pemerhatian dokumen, rakaman audio, gambar dan rakaman video dikumpulkan melalui siri interaksidengan semua yang terlibat dalam kajian tersebut. Pengkaji mendapati bahawa peranti mobile merupakan teman membaca yang sangat menyeronokkan kepada kanak-kanak. Manakala ibu bapa pula menerima peranti tersebut adalah sesuai bagi proses P&P.
JURNAL 9: An Action Research Project on Preparing Teacher to Meet the
Needs toUnderserved Student Populations.
Oleh: Gayle A. Buck dan Jeanene G. Cordes
Kajian ini berfokuskan penyediaan guru-guru Sains sekolah rendah dan menengah agar dapat memenuhi keperluan kanak-kanak daripada populasi kecil. Menurut pengkaji kajian ini dijalankan kerana keyakinan yang rendah dalam mengajar subjek Sains di populasi terpencil. Selain itu, kurangnya pengetahuan tentang strategi pedagogi dan kurang kesediaan dalam mengajar subjek tersebut. Kajian ini telah dijalankan ke atas 20 orang guru pra latihan dari College of Education and Human Science USA dan kanak-kanak dari populasi terpencil. Data dikumpulkan berdasarkan soal selidik terbuka, dokumen seminar, pemerhatian,analisis kuantitatif dan kualitatif,penilaian seminar dan maklum balas online. Berdasarkan kajian ini pengkaji mendapati bahawa keputusan yang lebih baik terhadap keyakinan dan pengetahuan guru bagi memenuhi keperluan populasi pelajar terpencil bagi subjek Sains.

No comments:
Post a Comment