Sunday, 8 November 2009

AKTIVITI 1: Tugasan 1 Buku

Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah satu cara penyelidikan  atau siasatan, iaitu dengan, melakukan penilaian pada kaeadah sedia ada, penyelidik  kemudiannya akan memfokuskan kepada masalah ( apa yang perlu dijelaskan ) dan mendapatkan maklumat ( siapa yang terlibat, isi kandungan kajian). Kemudinnya pengkaji akan melakukan proses perancangan, pelaksanann, menilai dapatan atau seterusnya dapatkan kesimpulan.


Kajian tindakan adalah bercorak penyertaan yang dilaksanakan oleh pengkaji ( guru ) untuk tujuan penambahbaikan dan perubahan. Kajian yang dijalankan ini melibatkan  guru dan pelajar. Kajaian tindakan adalah  proses menggalakkan guru membuat refleksi kendiri untuk mengubah kekuramngan yang ada pada diri sendiri. .



Menurut Lawrence Stenhouse (1983 )  KT meminjamkan dimensi baru kerana ia berkaiatan dengan proses kepada penambahbaikan atau meningkatkan, dan membuat tuntutan terhadap sesuatau yang terlah ditingkatkan. Dengan kata lain, KT adalah proses penyiasatan yang sistematik bagi meningkatkan keadaan social dan mengumumkannya.


No comments:

Post a Comment