Friday 20 November 2009

AKTIVITI 8: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN DALAM PENGAJARAN

INDIVIDU DAN KUMPULAN

1. Penggunaan elemen multimedia dalam PnP melalui penggabungan teks, audio, video, grafik dan interaktiviti.


2. Menggunakan pendekatan karaoke/nyanyian dalam mewujudkan suasana PnP yang kondusif bagi menimbulkan minat dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

3. Muzik merupakan medium yang bertindak sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan pelajar, meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi dalam usaha membina kreativiti pelajar.


4. Pelajar mendapat pengalaman muzik yang memadai bagi mencetus dan memperkembang minat dan bakat mereka dalam seni muzik.


5. Meningkatkan perbendaharaan kata pelajar melalui penekanan terhadap lirik lagu yang dinyanyikan.

KUMPULAN LAIN


1. Membimbing pelajar dengan kemahiran yang dapat membantu pelajar
    lulus dalam  matapelajaran Bahasa Melayu
2. Mewujudkan sekumpulan pelajar yang dapat membantu antara mereka
    dalam  menyelesaikan masalah dalam menguasai kemahiran-kemahiran
    dalam matapelajaran Bahasa Melayu
3. Memberikan peluang kepada pelajar untuk berdamping dengan guru
    matapelajaran dan  ini dapat memberikan mereka peluang untuk
    memperbaiki kelemahan mereka dalam matapelajaran ini.

BERDASARKAN LITERATURE REVIEW – BUKU DAN JURNAL

1. Menurut Borich & Tombari (1997)- murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Murid memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang diasimilasi dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membian kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani dan Ramlah, 2002).


2. Menurut Dewey (1966)- pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman kepada pelajar tentang masalah yang cuba dihuraikan.

No comments:

Post a Comment