Thursday, 17 December 2009

TUGASAN KELAS 18.12.2009: AKTIVITI   BUKU

Tajuk: Doing and Writing Action Research.
oleh: McNiff and Whitehead
TUGASAN KELAS 18.12.2009: AKTIVITI  JURNAL

Advantages of Homogeneous Collaborative Grouping for Algebra Students.

Oleh: Mary Gaj Badillo.
Pengumpulan / Penganalisisan Data

Data dikumpulkan melalui beberapa kaeadah seperti berikut:

       1)  Kad laporan 
       2)  Ujian
       3)  Kuiz
       4) Kadar pelajar yang menyiapkan tugasan Algebra.
       5) Kehadiran

Data dianalisis melalui pemerhatian dalam kelas setiap pelajar berlakon menjadi pembentang  apabila kumpulan mereka diberi masalah dan diminta membentangkan  laporan di depan kelas.  


What is the Effect of Listening to Classical Music on Students' Performance, Motivation, and Fokus in Math?

Oleh: Cyntia Cope.

Pengumpulan/ penganalisisan Data.

Data dikumpul melalui perbandingan tahap pencapaian pelajar dalam penilaian, motivasi dan fokus terhadap mata pelajaran Matemtik.


Inquiring Minds Want to Know

Karen Harlow

Pengumpulan/ Penganalisisan Data

Data dianalisis berdasarka pemerhatian terhadap pelajar. pengkaji mendapati ramai pelajar yang berminat untuk membuat projek, membuat pelbagai aktiviti dan melakukan perkara-perkara baru.
TUGASAN KELAS 18.12.2009: AKTIVITI 3: KOLOKIUM DPLI 2009.

Meningkatkan Minat dan Tahap Penguasaan Pelajar dalam Kemahiran Membaca Al-Quran dengan Kaedah IQRA'.

Oleh: Halina Yusof
         Nor Syariah Sirun

.


Pengumpulan / Penganalisisan Data.

 - Berdasarkan kajian yang dijalankan, data dikumpul dengan 3 kaedah:

1) Pemerhatian
     Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
     Pengkaji membuat pemerhatian semasa  mengajar mata pelajaran 
     Pendidikan Islam dalam bahagian Tilawah Al-Quran dan 
     mendapati  terdapat segelintir  pelajar tidak tahu dan lemah dalam
     bacaan al-Quran. Selain itu, pemerhatian juga dibuat berdasarkan
     bacaan yassin setiap hari di bulan  Ramadhan. Pengkaji mendapati
     terdapat pelajar yang tidak membaca tetapi melihat rakan di sebelah. 

2) Temubual
     Temubual yang dijalankan dalam kajian ini adalah temubual tidak
      berstruktur. Temubual dijalankan sebelum dan selepas kajian
     dijalankan.
      Sebelum- dijalankan sebelum pelaksanaan kajian dan mendapati ramai
                      pelajar yang tidak kuasai bacaan Al-Quran.
     Selepas-    dijalankan selepas pelaksanaan kajian. Pengkaji mendapati
                        pelajar menunjukkan perubahan yang positif, pelajar telah
                       memiliki keyakinan diri.

3) Ujian bacaan
    Dilakukan setelah pelajar dapat kuasai ayat Al-Quran dengan kaedah
    iqra'. ujian ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian. dilakukan
    secara lisan. Pelajar diminta membaca dari huruf-huruf yang tidak
    bersambung hingga ke huruf yang bersambung.



 Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan 4 terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif.

Oleh: Siti Zubaidah Ingsa
         Suryatee Abd. Rashid


Pengumpulan/ Penganalisisan Data.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, data dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif.

Kualitatif
Data-data dari hasil pemerhatian iaitu, refleksi guru, penilaian guru mata pelajaran sebenar, penilaian guru pembimbing,  penilaian pensyarah dan komen pelajar dianalisis dengan mengasingkan setiap kategori tertentu. bagi data senarai semak, data dianalisis satu persatu dan hasilnya dibandingkan untuk cari persamaan dan perbezaannya.

Kuantatatif
Diperolehi daripada ujian pre-test dan pro-test. Data dianalisis perkembangan mengikut peratusan.

Friday, 11 December 2009

SAMBUNGAN AKTIVITI 13: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

KERANGKA OPERASIONAL


Kerangka operasional adalah penjelasan tentang pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam konsep-konsep yang dipilih dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut, serta hal-hal yang dijadikan alat pengukuran untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang bersangkutan. Definisi operasional ini diberikan mengikut fahaman pengkaji, bukannya dengan merujuk kamus.

Berdasarkan kajian yang dijalakan, beberapa perkataan akan didefinisikan. Antaranya;

1) Karaoke

Karaoke adalah hiburan interaktif yang dinyanyikan mengikut lagu yang dirakamkan. Selalunya lirik sesuatu lagu ditayangkan pada skrin. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan cd nyanyian kanak-kanak yang berkaitan dengan bahasa Melayu semasa sesi P&P.
 
2) Nyanyian
Nyanyian adalah sebutan bersuara yang dinyatakan dalam bentuk lagu dan irama. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengajar pelajar tentang huruf vocal, konsonan dan pola-pola vocal dengan kaedah nyayian.
SAMBUNGAN AKTIVITI 13: TUGASAN 4

KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua aspek yang ditemui ( definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk yang b erbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.



TAJUK:
Karaoke atau Nyanyian dalam Pengajaran dan Pembelajaran

OBJEKTIF: 
1) Membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran bahasa Melayu.
2) Meningkatkan pencapaian pelajar terhadap subjek bahasa Melayu.


TEMPAT KAJIAN:
Bilik darjah

SAMPEL KAJIAN:
Pelajar Bermasalah Pembelajaran

KAEDAH KAJIAN:
1) Kajian kepustakaan
2) Menggunakan model Kemmis dan McTaggard
3) Menggunakan kaedah interaksi berpusatkan pelajar.

ANALISIS DATA:
1. Data dianalisis berdasarkan hasil pemerhatian terhadap pencapaian, focus dan minat pelajar selama kajian dijalankan.

RUMUSAN




Menggunakan model Kemmis dan Mc Taggard yang terdiri daripada 4 fasa, iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi.

Langkah 1: Mengenal pasti masalah
                 Bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam
                 mengenali huruf-huruf vokal dan konsonan, pengkaji
                 akan membuat pemerhatian terhadap pelajar.
                 Pemerhatian akan dilakukan semasa proses P& P.

Langkah 2: Merancang
                 Dalam kajian ini, pengkaji akan  menggunakan kaedah
                 karaoke atau nyanyian untuk membantu pelajar dapat
                 menguasai kemahiran mengenal huruf vokal dan konsonan.
                 Sebelum kajian ini dijalankan kami meminta pelajar
                menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan. Kemudian kami
                akan menggunakan kaedah nyanyian atau karaoke dalam
                proses P& P.

Langkah 3: Tindakan
                 Proses P& P akan dijalankan menggunakan Kaedah
                 Nyanyian atau karaoke sehingga pelajar
                 dapat menguasai isi pelajaran.

Langkah 4: Pemerhatian
                  Pemerhatian akan dibuat terhadap fokus, minat dan
                  pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar melalui latihan
                 dalam lembaran kerja.

Langkah 5: Refleksi
                Penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya masih
                terdapat pelajar yang tidak menguasai isi
                pelajaran. Berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggard
                 ini, pengulangan perlu dilakukan daripada proses permulaan
                sekiranya masih ada pelajar yang lemah. Hal ini bertujuan untuk
                memastikan setiap objektif dapat dicapai.
   
AKTIVITI 13: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL DAN OPERASIONAL KAJIAN.

KERANGKA TEORITIKAL


Kerangka Teoritikal adalah satu koleksi konsep-konsep yang berkaitan. Kerangka teori menjadi panduan dalam menjalankan sesuatu kajian. Ia menjadi penentu kepada perkara-perkara yang ingin diukur dan melihat hubungan-hubungan satistik yang akan dicari.

Dengan kata lain, kerangka teori adalah huraian yang menegaskan tentang teori yang dijadikan landasan dan andaian-andaian teori, yang mana daripada teori tersebut akan menjelaskan fenomena yang dikaji.

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah karaoke, manakala pembolehubah bersandar pula adalah pencapaian, fokus, dan minat pelajar terhadap pengajaran guru. Ini kerana ketiga-tiga perkara tersebut ditentukan oleh kaedah pengajaran guru.


Definisi Karaoke dan Nyayian

Nyanyian- gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara; bunyi atau suara yang berirama dan berlagu ( Kamus Pelajar, 1995)


Teori yang digunakan

1) Koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan
murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Dalam kajian ini, guru akan menggunakan kaedah tersebut bagi mencungkil kebolehan setiap pelajar. Melalui pembelajaran koperatif ini, diharapkan pelajar dapat berinteraksi secara positif dalam kumpulan dan menggalakkan budaya perkongsian idea antara satu sama lain.


2) Konstuktivisme
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

3) Pelaziman Operan (Ganjaran)
Selain itu, kajian ini juga menggunakan teori pelaziman operan, pengukuhan positif. Pengukuhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran kepada pelajar setelah perlakuan itu ditunjukkan, bertujan supaya perlakuan tersebut akan diulang. Dalam kajian ini, kami akan memberikan ganjaran kepada pelajar yang banyak terlibat dalam aktiviti P& P. Ganjaran akan diberikan dalam bentuk pujian, senyuman atau pemberian hadiah.
AKTIVITI 12: PEMURNIAN